Monday, December 12, 2011

ilmu yang diberi oleh pak andak semasa di kampung

Time balik kampung haritu,Pak Andak ada cerita pasal ilmu ketuhanan. Pak Andak cakap, 'kalau nak belajar ilmu ketuhanan ni,hati kita mesti ikhlas'. Aku tahu sedikit2 bab2 ilmu ketuhanan ni. Iaitu ilmu syariat,tarikat,hakikat dam makrifat. Syariat adalah hukum seperti haram,halal,makruh,harus dan lain2. Tarikat dan hakikat asyraf tak berapa pasti tapi kalau makrifat pula ia adalah tahap kita mengenal tuhan. Pak Andak cakap lagi 'yang penting kamu mesti tahu sifat wajib bagi Allah,sifat mustahil dan sifat harus. Barulah kamu akan 'asyik' ketika sujud kepada Allah. Kamu juga perlu faham apa yang dimaksudkan dengan 'awal tiada permulaan dan akhir tiada penghabisan

Saturday, September 3, 2011

...:Raya Oh Raya:...


....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم-

Kita sudah genap 4 hari raya. Tapi araf tetap tak tahu ape maksud raya yg sebenar. Ayah kata raya tu sekadar hari untuk kita gembira sebab dah sebulan puasa. Raya ni sekadar solat sunat aidilfitri sahaja. Lepas tu buat hal masing2. Nak berehat ke,nak kerja ke,nak makan ke,tak kisah la. Tapi orang melayu ni lain sikit,sebab diorang raya terlebih. mana ada raya sampai sebulan. Pelik sangat. Puasa sebulan,raya pon sebulan la? Pelik2. Ayah kata lagi,kat negara lain mana ada open house. Tapi kalau tak raya,tak ade open house,camna nak dapat duit raya lebih. Raya tahun ni tak tangkap gambar macam 2 tahun lepas pon. Sayangnya...

Friday, July 15, 2011

...:Hujan Oh Hujan:...

Harini hujan turun sangat lebat... Selama Araf Belajar kat SMK Gombak Setia tu,tak pernah hujan turun lebat macam tu. Semua oorang kelam kabut cari tempat teduh,kongsi payung,lari laju-laju dan macam-macam lagi la. Memang best tengok gelagat orang. Masa Araf lalu kat dalam sekolah tadi,Araf tengok temapt tanam bunga serupa kolam mandi yang keruh. Fuhh... matila semua tanaman tu. Sekarang ni pon tak berhenti lagi hujan. Rasanya,kejadian tadi boleh buat cerita Titanic la. Kat luar sekolah ada satu pondok yang rasanya boleh muat 35 orang kalau berhimpit. Tadi ramai orang berhimpit kat pondok tu. Pondok tu umpama bot keselamatan kat dalam cerita Titanic. Hahaha. Araf pon nak menyempit juga tapi tak muat.


THE END

Wednesday, May 25, 2011

PHOTOSHOOT OH PHOTOSHOOT









Photoshoot yg tak berapa bagus sngt... Kalau la ade orang yg nak ajar buat photoshoot mesti gempak kan? Ni kat KLIA,tapi ni time hantar Tok Chu Liberia...













NI lak kat Masjid Besi,. Time ni nak pergi umah Abg Budin ,sebelum pergi tu singgah sini solat Maghrib jap. Ruginye time tu tangkap gambar skit je... Tangkap gambar Masjid ni time malam memang cantik.









Ni ialah sebuah arca tupai yang diperbuat oleh tanah liat rasenye,bende ni korang boleh jumpa kat Restoran Tupai-Tupai,Shah Alam je kot... Cara photoshoot ni tak la gempak sangat tapi ok gak la... Gambar ni semua bkan Asyraf punye tapi Abg Chik... Asyraf tak reti tangkap gambar. Hehehe...



Wednesday, April 6, 2011











Makna cekak

Cekak secara dasarnya mempunyai beberapa makna, bergantung kepada dialek ataupun loghat penuturnya.

1) Makan Cekak. Di Utara terutama di Kedah, perkataan Cekak itu telah dijadikan satu simpulan bahasa - 'makan cekak'. Simpulan bahasa tersebut membawa makna bertanggungjawab. Misalnya ada suatu pekerjaan yang hendak dibuat, maka ada orang yang mengatakan:

"Ah, itu aku seorang saja pun 'makan cekak'."

Bila dibawa kembali kepada 'Silat Cekak' maka makna 'Silat Cekak' ialah silat yang bertanggungjawab menjaga diri pengamal-pengamalnya dari dianiayai oleh musuh-musuhnya.


2) Bercakak. Di dalam bahasa Minang, perkataan Cekak ada juga, tetapi tidak disebut sebagai 'Ce-kak' tetapi disebut dengan bunyi 'Cakak'. Bercakak dalam bahasa Minang membawa maksud bergaduh. Contohnya:

"Si Ali dan si Ahmad sedang bercakak di simpang tiga".

Ini membawa pengertian bahawa si Ali dan si Ahmad sedang bergaduh. Jadi kembali kita kepada makna Silat Cekak - ia membawa erti 'Silat Gaduh'. Ini bukan bermakna Silat Cekak ini suka bergaduh tetap ialah Silat yang boleh dibawa bergaduh untuk mempertahankan diri. Jelas sekali Silat Cekak sebenarnya Silat yang benar-benar untuk mempertahankan diri bukan untuk pertunjukkan di majlis-majlis kenduri ataupun di pesta-pesta. Sebab itulah Silat Cekak tidak ada tari menari, gong gendang dan langkah melangkah. Ia hanya mara kehadapan apabila bertempur dengan musuh.


3) Cekak juga membawa maksud ringkas. Keringkasan Silat Cekak ini dapat dilihat dalam sistem mata pelajarannya, yang sangat mudah dan cepat dipelajari. Ilmu Silat Cekak mendidik pengamalnya supaya tidak mengelak ke kiri atau ke kanan, tidak pula berunduk ke belakang, malah mara ke hadapan dalam gerak yang satu.

Dalam pembelajaran buah, konsep ringkas ini juga ditekankan. Kesemua 21 buah Silat Cekak itu segerak, dalam erti kata hanya memerlukan satu gerak untuk melengkapkan buah tersebut. Ini memperjelaskan lagi konsep Ringkas yang menjadi salah satu maksud perkataan Cekak itu sendiri.


4) Secekak. Secekak membawa erti segenggam. Segenggam ini pula membawa kepada banyak maksud. Pertamanya, Silat Cekak mempelajari yang segenggam bukan yang segantang. Di sini dimaksudkan bahawa mata pelajaran Silat Cekak merupakan mata pelajaran intisari silat sahaja (segenggam) bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang). Oleh kerana Silat Cekak adalah mempelajari perdu gerak, maka ia sangat cepat, teratur dan dapat diajar dalam waktu yang singkat sekali.

Kedua, segenggam menunjukkan padu. Jadi Silat Cekak adalah satu Silat yang benar-benar tegas dan berpendirian. Di mana kaedah-kaedahnya memberi keyakinan kepada pengamal-pengamalnya bahawa mereka telah mendapat rahsia dan sesuatu yang berguna di dalam bidang seni mempertahankan diri.

Sukatan pelajaran dan peringkat persilatan

Ada empat peringkat pembelajaran dalam Silat Cekak.

§ Buah Asas - Mempelajari asas menangkis serangan dari hadapan.

§ Buah Jatuh - Lanjutan dari buah asas, iaitu menangkis serangan dan menjatuhkan lawan.

§ Buah Potong - Digunakan untuk menangkis semula Buah Asas dan Buah Jatuh jika pesilat Cekak lain cuba menggunakan buah Silat Cekak ke atas diri kita

§ Buah Serang - Serangan kepada pihak lawan, jika dielak pasti kena, jika ditepis kita akan menangkap dan menjatuhkan lawan. Ia juga boleh menyerang sambil menangkap (cekak menyerang, cekak menangkap).

§ Buah Umum - Mempelajari keseluruhan teknik pertahanan dan serangan untuk digunakan secara praktikal. Pada peringkat ini juga para pesilat akan diajar cara - cara untuk berhadapan dengan pengamal seni beladiri yang lain.

Senarai buah

Berikut adalah senarai buah Silat Cekak, sebanyak 21 buah. Pada asalnya jumlah buah yang ada adalah 28 kesemuanya. Ustaz Hanafi telah membuat beberapa perubahan dengan membuang dan mengabungkan beberapa buah di dalam sistem mata pelajaran ini kerana beliau berpendapat ada beberapa buah yang tidak praktikal untuk digunakan. Ada juga buah-buah yang hampir-hampir serupa dan buah-buah ini pula telah digabungkan.

1. ) Buah Pertama

2. ) Keputusan Gayong Petani

3. ) Keputusan Sendeng Atas

4. ) Buah Kilas Belakang

5. ) Buah Kilas Hadapan

6. ) Buah Kidong Kiri

7. ) Buah Kuntau Jatuh

8. ) Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung

9. ) Buah Kuntau Kanan Gantung

10. ) Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)

11. ) Buah Ali Patah Atas

12. ) Buah Ali Patah Sudah

13. ) Buah Selendang

14. ) Buah Gari & Gari Gunting

15. ) Buah Paras

16. ) Keputusan Pasung Kemanga

17. ) Keputusan Terlak

18. ) Keputusan Lintau

19. ) Buah Hempok

20. ) Buah Luncur

21. ) Buah Siku Potong

Antara buah-buah yang telah dibuang:

1. Buah Rasa

2. Buah Singkat Nyawa

3. Buah Pusing Tangan (Pecahan dari Gayung Petani)

4. Buah Sengkak

5. Buah Keputusan Sendeng Bawah Kiri dan Kanan

6. Buah Kidung Kanan

Sejarah

Adapun Silat Cekak ini asalnya dari Kedah. Tidaklah dapat dipastikan sama ada ia wujud hasil dari seorang atau hasil permuafakatan dari pelbagai guru. Silat ini datang dipercayai selepas kedatanganIslam di negeri ini.

Silat ini dahulunya diajarkan hanya kepada para panglima di Kedah untuk menghalang pencerobohan luar ketika itu. Orang yang paling lama diketahui mempelajari silat ini adalah Panglima Ismail yang berkhidmat di bawah Sultan Ahmad Tajuddin. Panglima Ismail, pada suatu masa telah mengalahkan seorag Batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) di Kubang Kerian, Perak.

Seterusnya, silat ini diajarkan kepada Panglima Tok Rashid yang ketika itu terpaksa berpindah ke Perak kerana di tempat tinggalnya di Kedah ketika itu diserang wabak taun. Akhirnya, Panglima Tok Rashid mengamanahkan silat ini kepada Yahya Said (Pak Ya Said) dengan pesannya: " Kalau ada anak cucuku dari Kedah yang ingin belajar, hendaklah engkau pulangkan kembali"

Maka En. Yahya Said pun diamanahkan untuk menjaga silat ini, untuk diberikan kepada yang hak empunya.

Ustaz Hanafi

Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad, pengasas dan pemimpin agung Silat Cekak Ustaz Hanafi, dilahirkan pada tahun 1923 di Kedah. Beliau memulakan pendidikan awalnya di sekolah Melayu Kampung Gunung, Alor Setar sebelum menyambung pengajian agamanya dengan beberapa orang ulama di Kedah. Bagi mendalami ilmu agamanya, beliau mengembara ke seluruh negara untuk menemui para guru yang dapat membimbingnya. Hasil penat lelah beliau berbalas apabila beliau menemui Tok Guru Pak Haji Zain bin Abdul Rahman yang dapat menghuraikan permasalahan Tauhid (soal ketuhanan di dalam agama Islam).

Semangat kemerdekaan yang menyusup ke dalam jiwa penduduk Tanah Melayu ketika itu turut menyusup masuk ke dalam jiwa Ustaz Hanafi sendiri. Beliau percaya yang orang Melayu juga mempunyai sistem beladiri yang tidak kalah dengan beladiri asing. Ustaz Hanafi terpaksa mengembara sekali lagi untuk mencari ilmu yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membela diri, menyebabkan beliau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan.

Namun akhirnya, Ustaz Hanafi berjaya menemui Yahya Said, yang selama 40 tahun telah menyimpan amanat Panglima Tok Rashid. Silat Cekak akhirnya dilahirkan semula pada malam 5 Ramadhan, 1385 Hijrah (28 Disember 1965).

Pada mulanya, silat ini dikembangkan di bawah pergerakan kebudayaan Perkumpulan Sari Seni Budaya Sri Kedah. Ustaz Hanafi sendiri ketika itu adalah ketua Seksyen Silat dalam kelab tersebut melantik Yahya Said untuk mengajar Silat Cekak kepada semua ahli Seksyen Silat termasuklah beliau sendiri.

Akhirnya, Ustaz Hanafi dikhatamkan sendiri oleh Yahya sendiri dan diberi mandat sebagai guru untuk mengembangkan silat ini. Yahya Said pula balik ke Perak dan tidak lagi mengajar setelah misi beliau membawa amanah Panglima telah berjaya dilaksanakan.

Selepas dikhatamkan, Ustaz Hanafi mula mengembangkan silat ini, pada mulanya di Sungai Petani dan kemudiannya di Bukit Mertajam di antara tahun 1968 dan 1969.

Silat ini mula dikembangkan di Kuala Lumpur dengan kelas pertama di Kg. Bumiputera dan Kg. Datok Keramat di bawah Persatuan Bawean Putera (1970-19 Ogos 1971) dan kemudian didaftarkan sebagai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) beralamat di No. 32, Jalan Hj. Sirat, Kampung Baru (kemudian dipindahkan ke Bangunan Silat Cekak di alamat Bangunan Silat Cekak, Jalan Sentul, Kuala Lumpur mulai pada 21 Februari 1985.

Peralihan kepimpinan

Ustaz Hanafi meninggal dunia pada 13 Ogos 1986, meninggalkan seorang balu, Maimunah Hj. Othman dan enam orang anak. Kedudukan Guru Utama dikosongkan selama 40 hari dan untuk sementara waktu, Ishak Itam memegang jawatan sebagai pemangku Guru Utama selama tujuh tahun agar dapat diserahkan semula kepada Md. Radzi Haji Hanafi, anak keempat Ustaz Hanafi.

Pada 19 Mei 1993, Silat Cekak telah dikembalikan semula kepada Md. Radzi dan diisytiharkan sebagai Guru Utama Silat Cekak pada 23 Mei 1993. Silat Cekak pula telah didaftarkan di bawahPertubuhan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUHM) pada 5 Ogos 1994 dengan nombor pendaftaran 5592/94 (Selangor) dan beribu pejabat di Kompleks Sukan Datuk Keramat.

Tuan Guru Hj. Md. Radzi bin Haji Hanafi (lahir pada 3 Ogos 1961 di Batu 3 1/4 Alor Setar, Kedah) merupakan anak keempat kepada Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad. Beliau menerima mandat untuk menjadi Guru Utama Silat Cekak pada 19 Mei 1993 dari Pemangku Guru Utama iaitu Tuan Haji Ishak Bin Itam. Penyerahan ini disahkan oleh ahli Majlis Muafakat Tertinggi Silat Cekak (MMT) pada 21 Mei 1993 dan pengisytiharannya disempurnakan pada 23 Mei 1993.

Saturday, February 19, 2011

BRUCE LEE VS SILAT

Bile sebut je nama Bruce Lee, sapa yg x kenal...ye x???Even budak2 kecik umor 7-8 taun pn kebanyakannya tau sapa Bruce Lee tuh...so, no wonder laa ikon 'martial arts' n hiburan nih tersenarai dlm majalah TIME sbagai 100 Most Important People of the Century...Selain terkenal sbagai pelakon filem aksi yg menghasilkan filem2 hebat cm 'Way of the Dragon','Fist of Fury' n 'Enter the Dragon', Bruce Lee(1940-1973) jugak cukup dikenali sebagai pengasas seni 'Jeet Kune Do' atau bermaksud 'Way of the Intercepting fist'...Seni 'Jeet Kune Do' nih sememangnya kaya dgn falsafah sbb Bruce Lee nih jugak merupakan philosophy graduate dr University of Washington...Kalau dikaji, seni nih mmg xde gaya atau pattern khusus sbb Bruce Lee mengambil falsafah 'The art of no art' sebagai teras seni 'Jeet Kune Do' nih...secara simplenya, apa saja jurus atau 'buah' dari martial arts laen yg praktikal sebagai way of attack n defence boleh digunapakai dlm 'Jeet Kune Do' nih...Dari sejarahnya, Bruce Lee belajar bermacam jenis martial arts, antaranya Wing Chun, Tai Chi, Jujitsu,Boxing dan jugak Fencing...dan intipati2 dari martial arts ni lah yg dimasukkan dlm 'Jeet Kune Do'...Bruce Lee nih jugak terkenal sebagai seorng yg 'kiasu', sbb die mmg suka carik gaduh dan cabar sesiapa yg die denga kuat...itu antara sebab dia dihantar ke US oleh parents die sbb die sudah carik pasal dgn geng2 triad di Hong Kong...Ada 2 main reasons Bruce Lee asaskan 'Jeet Kune Do'@Kungfu Rojak nih...antaranya:
1) Bruce Lee claim martial arts lama@conventional nih mengarut...sbb terlampau byk susun atur gerak langkah(dlm istilah silat;'Bunga') yg baginya hanya sekadar hiburan semata-mata dan x praktikal dlm real combat.
2) Bruce Lee claim martial arts conventional nih byk tertumpu dkat skill dan teknik semata-mata...tp neglect aspek pembangunan fizikal individu yg baginya cukup pnting...

"Training is one of the most neglected phases of athletics. Too much time is given to the development of skill and too little to the development of the individual for participation. JKD, ultimately is not a matter of petty techniques but of highly developed spirituality and physique."

Physical abilities Bruce Lee mmg sgt mengagumkan dan mengatasi kemampuan manusia normal...Sebabnya, dlm set training die, die lebih fokus kpd 'endurance'; Yang bertujuan utk memaksimumkan kepadatan otot dan mencapai 'speed' yg maksimum...Bg die, otot yg besar x praktikal dlm real combat sbb berat dan melambatkan pergerakan...Antara physical abilities Bruce Lee yg mmg diketahui ramai:
1) Dpt bwat 'push-ups' dgn hanya menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
2) Pergerakan tangan yg tersangat pantas...utk pengetahuan ramai, kebanyakan filem 'martial arts' zaman sekarang nih mmg terpaksa dicepatkan dari sebenar utk bg effect laju dan pantas... tp bg kes Bruce Lee nih, filem terpaksa dibuat dlm mode 'slow motion' bg menangkap pergerakan tangan Bruce Lee.
3) Bruce Lee dpt menyepit beras yg dilambungkannya dgn chopstick.
4) Bruce Lee dpt perform 'chin ups' dgn hanya menggunakan sebelah tangan sebanyak 50 kali.
5) Dpt memecahkan 'punching bag' seberat 68 kg hanya dgn sekali tendang(side kick).
6) Arnold Schwarzenegger jugak penah ckap;

"Bruce Lee had a very—I mean a very defined physique. He had very little body fat. I mean, he probably had one of the lowest body fat counts of any athlete. And I think that's why he looked so unbelievable."

Bruce Lee membuka mata dunia bila dia perform '1 inch punch' dlm 1964 Long Beach International Karate Championships yg mmg menunjukkan keupayaan dia dlm close-range combat...Volunteer tym tu, Bob Baker penah ckap;

"I told Bruce not to do this type of demonstration again. When he punched me that last time, I had to stay home from work because the pain in my chest was unbearable."

Dlm kejohanan yg sama taun 1967, Bruce Lee telah mempamerkan skil 'unstoppable punches' ke atas johan dunia karate tym tu, Vic Moore...Dlm 8 tumbukan, semuanya Moore x dpt tepis dan tepat ke muka...

Tp, dlm tgh meniti kemuncak kemahsyuran, Bruce Lee mati secara mengejut pd 20 Julai 1973...lepas bedah siasat dibuat, Bruce Lee disahkan mati akibat 'cerebral edema'...yg berpunca akibat pengambilan analgesic(painkiller) n equagesic secara berlebihan utk melegakan sakit belakang... Byk teori yg menyelubungi SEBAB kematian Bruce Lee yg x dpt dijawab smpai skang...antaranya;
1) Disebabkan obses terhadap physical training, Bruce Lee byk consume drugs dan supplements yg akibatkan long-term effect.
2) Bruce Lee dibunuh oleh mafia Hong Kong dgn meletakkan racun dlm makanan die.
3) Sumpahan@'curse' atas kaum lelaki dlm keluarga Lee...anak Bruce Lee, Brandon Lee jugak mati dlm usia yg sgt muda;28 tahun tym penggambaran filem 'The Crow'(1993).

Tp, dlm byk2 teori, teori yg paling popular bg pengamal martial arts dr alam nusantara adalah kematian Bruce Lee lpas bertarung dgn Dicky Zulkarnain dan Allahyarham Mahaguru Meor Abdul Rahman...

1) Mayb ramai yg xtau sapa Dicky Zulkarnain nih...Dicky Zulkarnain merupakan aktor Indonesia yg cukup top zaman 70an-80an dlu(try tanya mak pak korng) dan slalu berlakon filem2 silat cam 'Perawan Dari Neraka' dan 'Si Buta Dari Gua Hantu'...Dicky jugak seorng pengamal Seni Silat Sunda...Dikhabarkan, ketika transit di Lapangan Terbang Changi, Singapore, Bruce Lee telah mencabar Dicky Zulkarnain(yg kebetulan berada di Singapore) utk beradu kekuatan dgn die...nih sbb Dicky mmg dikenali ramai tym tuh sebagai pesilat yg handal...pertarungan tu kire 'fight' laa...dlm pertarungan tuh, Dicky injured di dagu lpas kena tendang dgn Bruce Lee...dan dibalas oleh Dicky nih ngan 1 tamparan berbisa(Ultimate Fist) dkat dada kiri Bruce Lee yg menggunakan kekuatan batin dan dalaman...Tamparan nih yg mengakibatkan Bruce Lee suffer 'internal injury' lpas tuh dan antara faktor yg mengakibatkan kematian die...
Mahaguru Meor Abdul Rahman(kiri) ketika bertugas sebagai CID di Singapore tahun 1953

2) Sesapa yg pernah blaja Seni Silat Gayong Pusaka, for sure kenal dgn Allahyarham Mahaguru Meor Abdul Rahman(1915-1991)...Mahaguru Meor merupakan pengasas Seni Silat Gayong Pusaka dan berketurunan bugis(dari sebelah Daeng Kuning@Panglima Hitam)...Selain dikatakan bertarung dgn Bruce Lee, Mahaguru Meor jugak ada bertarung dgn beberapa jagoan dlm dunia martial arts nih...antaranya:
a) Dlm taun 1958, beliau pernah menumpaskan 'King Kong', sorng jaguh wrestler bangsa Eropah yg mempunyai berat sebanyak 380 paun...
b) Bertarung dgn pakar 'martial arts' Jepun bangsa Eropah, Donn F. Draeger(1970an)
c) Bertarung dgn Ricky 'The Dragon' Steamboat( Wrestler)
c) Menumpaskan Jan De Jong(1980an) yg kemudian menjadik muridnya
Mahaguru Meor Abdul Rahman bersama jaguh gusti, 'King Kong' di Singapore


Dlm taun 1973, Mahaguru Meor dan saudaranya, Dato Syed Ahmad Jamalullail pergi ke England atas urusan keluarga...Dlm perjalanan pulang ke Malaysia, flight tu transit dkat Hong Kong...dan kedatangan Mahaguru Meor yg mmg dikenali dlm dunia 'martial arts' menarik minat Bruce Lee...Bruce Lee segera bergegas ke Lapangan Terbang Kai Tak Hong Kong utk mencabar Mahaguru Meor...Bruce Lee dgn angkuh berkata kalau Mahaguru Meor menang dlm pertarungan tuh, seni silat Gayong adalah yg terbaik...tp kalau die menang, Jeet Kune Do lah yg terbaik...Awalnya, Mahaguru Meor reject cabaran Bruce Lee tuh, tp bila didesak, baru lah beliau bersetuju dan mintak supaya pertarungan tuh dibuat dlm bilik yg tertutup...Dlm pertarungan tu, Bruce Lee yg mmg dikenali sbb kepantasan 'footwork' menendang dan berjaya dielak oleh Mahaguru Meor...n Mahaguru Meor counter dgn pukulan tangan yg dinamakan 'Jurus Kipas Senandung Dalam Senandung' tepat ke rusuk kiri(ada pendapat ckap dada kiri) Bruce Lee dan mengakibatkan Bruce Lee menggelupur kesakitan...disebabkan kesian, Mahaguru Meor menawarkan bisa pukulan tuh dgn air yg telah dibacakan doa dan disapukan ke tempat pukulan tuh...dan dipercayai bisa pukulan tuh mengakibatkan 'internal injury' yg sgt teruk ke atas Bruce Lee dan sebagai 1 faktor kematian die...Dlm 1 dokumentari psal Bruce Lee dkat Discovery Channel, Daniel Inosato(sahabat karib Bruce Lee n pelatih kanan 'Jeet Kune Do') ckap;

"Not long before his death, Bruce Lee started to study the art of 'Ceelot'(Silat)..."

Dlm Kejohanan Silat Sedunia 1987 dkat KL, Dicky Zulkarnain ada bgtau dlm 1 wawancara yg bukan dia yg menewaskan Bruce Lee, tp Mahaguru Meor Abdul Rahman...

Sebenarnya, byk teori lain yg membabitkan Mahaguru Meor n Dicky Zulkarnain nih...byk jugak yg cakap teori2 kekalahan Bruce Lee nih sesuatu yg bohong n direka-reka...sebab nak naikkan martabat dan darjat seni silat Melayu...n ckap kalau menang pn, mmg x fair sbb gunakan kekuatan batin dan dalaman...n paling ekstrem ckap guna 'Jin'...tp bg aku personally, kekuatan suatu jurus@Ultimate Fist bukan atas faktor kekuatan batin@'Jin' semata-mata...perkara nih bleh diexplain secara saintifik n logik...Ultimate Fist diukur dr 2 faktor:
1) Kekuatan@force tamparan tuh..
2) Vital point di mana tamparan tuh dikenakan...

Mcm kes Bruce Lee, andai kata mmg betul die penah bertarung dgn Mahaguru Meor, aku percaya yg mmg die akan suffer 'internal injury' kalau die betul2 kena tamparan 'Jurus Kipas Senandung Dalam Senandung' tu...bayangkan betapa kuatnya force tamparan tuh kalau tamparan tuh mmg dh diasah lebeh dr 40 tahun dan betapa kerasnya tapak tgn Mahaguru Meor tuh bila hari2 dia training jurus tuh ngan menampar batang pinang...tmbah plak tamparan tuh kena dkat vital point Bruce Lee; dkat dada kiri(jantung)...mmg kita bleh bayangkan laa betapa kuatnya effect tamparan tuh...

Dan kalau dikatakan Mahaguru Meor@Dicky Zulkarnain guna 'Jin', Wallahualam...kalau kita telusuri silat2 Melayu yg pelbagai nih, mmg aspek batiniah amat dititikberatkan...ada doa2 yg perlu diamalkan mcm Doa Nurun Nubuwwah, Doa Akasyah(Byk diselitkan Laa ila ha illallah Muhammadur Rasulullah dlm doa nih), Doa Kanzul Arasy n mcm2 lg...n kekadang tuh ada pantang larang yg kena follow...x boleh pakai redah je...kalau x, ilmu makan tuan...tuh yg ade kes org bunuh diri, gila dsb...inilah antara salah 1 reason aku x blaja silat n fokus dkat Taekwon-Do je...dulu tym zaman sekolah penah gak smpan niat nk blaja...tp x jadik sbb aku cuak kalau terpesong akidah@amalkan ayat2 yg direka n xde dlm Quran n Hadis...n kpd rakan2 yg blaja seni silat@ape2 saja 'martial arts' yg melibatkan ritual yg menyalahi syarak dan agak meragukan dr segi akidah, maka siasatlah balek ritual2 dlm 'martial arts' tuh...jgn laa follow membabi-buta dan pertaruhkan akidah kita...walaupun belajar seni pertahanan diri nih amatla digalakkan dan termaktub dlm Quran;

"Dan persiapkanlah diri kamu dengan segala kekuatan yang kamu ada untuk memerangi musuh-musuh kamu dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan" (Al-Anfaal:60)

Dan 1 pengajaran yg aku dpt petik dr kisah Bruce Lee nih adalah; Bila kita dah rasa kita cukup kuat, akan ada org lain yg lebeh kuat dr kita...dan kalau kita rasa kita dah cukup pandai, akan ada org lain yg lebeh pandai dr kita...maka, jadilah spt resmi padi; Makin berisi makin tunduk ke bumi...n sebagai seorng pengamal seni pertahanan diri yg berlapang dada, kita kena terima 1 hakikat, 'there's no ultimate martial art in this world'...yg bermaksud, tiada seni pertahanan diri yg paling hebat dlm dunia nih...setiap 'martial art' ada kelebihan dan kekurangan masing2...pengamal Taekwon-Do x bleh claim yg Taekwon-Do lebeh hebat dr Aikido, atau pengamal Muay Thai x bleh claim yg Muay Thai lebeh hebat dr Silat...yg bezakan adalah individu tuh sendirik berdasarkan kapasiti training yg die bwat...lg byk training, lg mantaplah ilmu tuh..'martial arts' bukan sejenis seni yg perlu diingat dan dihafal dlm otak, tp seni yg perlu dibuat berulangkali dan difahami oleh anggota tubuh...Papepon, kita titipkan Al-Fatihah kpd Allahyarham Mahaguru Meor Abdul Rahman dan semoga Allah tempatkan beliau di kalangan hamba-hamba-Nya yg beriman...Aminn

Monday, January 31, 2011

nak cuti awal

Nak cuti awal sebab ngantuk la setiap hari tidur lambat x best la tdo awal

Friday, January 14, 2011

kucin-kucin.......

Tadi ade satu kucing ni die dtg rumah untuk minta simpati kpda orang2 baik hati cam saya ni untuk memberi sedikit makanan.Time nak bagi makan tu saya nak pegang kpala die lepas tu die terus cakar,huh sabar je lah nak wat camne.Tapi kucing tu comel saya x kisah la.

I'm not tired of school but...

Perh.. skrng aku dah jadi senior sekolh petang tapi aku x rasa yang aku ni dah besar, sekejap je masa.Ayah sentiasa cakap bile dah besar perangai mestilah mcm org besar, dan jadilah matang skit tapi aku x leh nak wat camtu sometimes matang pastu cam bdak2, balik.Betul ckp abg sham kalau kita nak jadi matang dan berperangai mcm orang besar kita knalah sentiasa bergaul ngan orang tua2 atau sentiasa gi masjid/surau dan sembang ngan pak cik2 after prayer.